top of page

Title : Tariq, Penakluk Andalusia

Author : Abdul Latip Talib

Rating :

 

Synopsis : Kisah panglima Islam yang berjaya menyeberang ke Andulisia sehingga selat itu digelar, selat Jabal Tariq atau selat Gibratal. Beliau adalah panglima yang berjuang demi Islam dan novel ini berkisah berkenaan beliau sejak dari kecil sampai beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Title : Abu Ubaidah Penakluk Parsi

Author : Abdul Latip Talib

Rating :

 

Synopsis : Dirikanlah sembahyang, tunaikan zakat, puasa di bulan Ramadan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihati,. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah menetapkan kematian untuk semua manusia, kerana itu semua manusia pasti mati. Orang yang paling beruntung ialah orang yang paling banyak bekalnya untuk akhirat." - Abu Ubaidah Al-Jarrah."Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy dan memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman, dan Abu Ubaidah Al-Jarrah." - Nabi Muhammad SAW."Wahai sekalian kaum Muslimin!Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh itu, kasihanilah beliau semoga kamu akan dikasihani Allah." - Muaz bin Jabal."Wahai Abu Ubaidah, kamu yang lebih layak memimpin pasukan ini. Tetapi saya patuh pada perintah khalifah." - Khalid bin Walid.

Page 11

Title : Pergolakan Pemikiran Islam

Author : Ahmad Wahib

Rating :

 

Synopsis : hmad Wahib (1942-1973) - wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia yang konsisten merakam pengelutan pemikirannya atas meja di sebuah bikil sewa kecil; di dalam beberapa lembar buku tulis lusuh persis diari. Beliau mengikuti secara dekat perdebatan para ilmuwan dan intelektual era Orba. Meninggal dunia digilis sepeda pada Mac malam, ketika pulang kerja. Seorang teman tergegas ke bilik sewa Wahib; menyelamatkan buku-buku catatan yang kemudiannya terjilid sepertimana yang ditatap ini. (less)

Title : Belas Kasihku Meliputi Segal

Author : Reza Shah Kazemi

Rating :

 

Synopsis : Banyak orang menebak Islam akan menjadi agama paling dominan di dunia dalam jangkamasa dua puluh tahun. Pada hari ini, seorang dari setiap lima orang penduduk dunia menganggap diri mereka sebagai Muslim, hanya sedikit kurang dari penganut Kristian. Bertentangan dari sangkaan banyak orang, hanya 15 peratus dari jumlah keseluruhan Muslim berbangsa Arab. Fakta-fakta ini menuntut pemahaman lebih mendalam tentang agama sejagat yang semakin berkembang ini. Buku ini dapat menjadi tingkap untuk pembaca menjengah ke dalam dunia 1.3 bilion penduduk dunia.Orang menyangka Islam adalah agama yang keras, sedangkan budaya agama ini sarat dengan belas kasih. Orientasi kerohanian ini berakar dari kepercayaan bahawa Tuhan tidak berjenaka apabila ia mendeklarasikan bahawa "Belas Kasihku Meliputi Segala," dalam surah ketujuh Quran. Pengarang Reza Shah-Kazemi memilih, menterjemah dan memberikan notakaki kepada sederetan ayat-ayat Quran yang mencerminkan sisi belas kasih ini, belas kasih yang dihujungnya memberikan kurnia keamanan dan cinta tak berbatas. Buku ini mengambil semangat dari Blessed Are the Peacemakers, sebuah koleksi petikan dari Injil yang diselenggarakan oleh Wendell Berry (beliau memberikan pengantarnya untuk buku ini). Inilah buku yang dapat membantu kita lebih memahami Quran yang amat berpengaruh itu.

Title : Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam

Author : Hj. Mohd Hanif

Rating :

 

Synopsis : Dalam buku yang bertajuk ‘Zionisme: Orde Barat Dalam Menghancurkan Islam tulisan Haji Mohd Hanif bin Haji Ismail, pengarang telah membawa beberapa isu penting yang berkaitan dengan gerakan Zionisme yang telah berjaya menguasai dunia pada hari ini. Melalui buku tersebut, pembaca telah didedahkan dengan perkara yang berkaitan dengan sejarah Palestin dan Bait al-Maqdis, melibatkan beberapa Empayar yang telah berkembang pada peringkat awal seperti Empayar Mesir, Empayar Parsi, Rom Timur (Byzantine), da juga beberapa kerajaan awal seperti Asyur, Mesir, Babilon, Seleucids, serta Zaman pembukaan Islam, Khalifah Umawiyah, Abbasiyah, Empayar Uthmaniyah dan juga Tanah Jajahan Israel..

bottom of page