top of page
SYARAT-SYARAT
 

1. Peminjam hendaklah mengembalikan buku dalam keadaan asal.

2. Sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini kepada buku yang dipinjam ( hilang / terkoyak / terconteng ), peminjam hendaklah berunding dengan pemilik buku tersebut melalui wakil kami. Denda adalah bergantung kepada budi bicara pemilik buku tersebut. Pihak kami akan berunding dengan kalian berdua dan peminjam perlulah membayar denda yang dituntut oleh pemilik buku tersebut.

3. Buku yang hendak dipinjam akan diperoleh dalam masa 3 hari kuliah dari tempoh penghantaran borang.

4. Jika buku yang hendak dipinjam sedang dipinjam orang lain pada masa tersebut, nama anda akan dimasukkan ke dalam Senarai Menunggu.

5. Peminjam hanya boleh meminjam 1 buku sahaja pada satu-satu masa.
6. Tempoh peminjaman maksimum adalah 2 minggu.
7. Peminjam hendaklah melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki di dalam borang

pinjaman.
8. Proses pemulangan buku hendaklah dilakukan melalui wakil kami.
9. Sekiranya anda ingin melanjutkan peminjaman buku tersebut setelah tamat tempoh peminjaman, anda boleh menghubungi wakil kami bagi tujuan tersebut.
10. Peminjam yang kerap melakukan kesalahan ( lambat memulangkan buku, merosakkan atau menghilangkan buku yang telah dipinjam ) akan disenarai hitamkan oleh pihak kami.
11. Aktiviti peminjaman dan pemulangan buku akan dihentikan 3 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir tahun ( final exam ).
12. Pemilik buku berhak untuk mendapatkan kembali buku beliau pada bila-bila masa sepanjang tempoh peminjaman melalui wakil kami.

13. Sekiranya buku yang ingin dipinjam tidak 'available' , namun anda masih tetap ingin meminjam buku tersebut, kami akan meletakkan nama anda dalam senarai menunggu ( pending ). Dengan syarat bahawa nama anda adalah dalam dua nama yang pertama.

 

FAQ UNTUK PEMINJAM
 

Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE
1. Di manakah saya boleh mendapatkan senarai buku-buku yang boleh dipinjam ?
Anda boleh memilih buku di dalam senarai buku-buku kami di laman web Booksgalore
 
2. Bagaimanakah proses peminjaman buku ?
  • Pilih buku yang anda minati dari senarai buku-buku kami
  • Isi borang pinjaman dengan maklumat yang tepat
  • Tunggu selama 3 hari kuliah (bergantung kepada status buku) untuk mendapatkan buku anda
  • Wakil kami akan menghantar buku tersebut di Mowassa (mahasiswa tahun 1, 2 dan 3 Perubatan) atau di Convention Centre (mahasiswa tahun 4, 5 dan 6 Perubatan dan mahasiswa pergigian dan farmasi)
 
3. Berapakah bilangan buku boleh dipinjam ?
Peminjam hanya boleh meminjam 1 buku sahaja pada satu-satu masa
 
4. Bagaimana jika buku tersebut sedang dipinjam oleh orang lain ?
Jika buku yang hendak dipinjam sedang dipinjam orang lain pada masa tersebut, nama anda akan dimasukkan ke dalam Senarai Menunggu
 
5. Berapakah tempoh peminjaman buku ?
Tempoh peminjaman maksimum adalah bergantung kepada bilangan muka surat buku :-
                                100 muka surat – 1 minggu
                                200 muka surat – 2 minggu
                                300++ muka surat – 3 minggu  
 
6. Bagaimanakah proses untuk melanjutkan pinjaman buku ?
Sekiranya anda ingin melanjutkan peminjaman buku tersebut setelah tamat tempoh peminjaman, anda boleh menghubungi wakil kami bagi tujuan tersebut. Wakil kami akan berbincang dengan pemilik buku bagi tujuan tersebut. Pemilik buku berhak untuk menolak permohonan lanjutan tersebut
 
7. Bolehkah jika saya ingin memulangkan buku lebih awal dari tempoh pinjaman ?
Ya. Hubungi wakil kami untuk proses pemulangan buku
 
8. Bagaimanakah saya ingin memulangkan buku tersebut ?
Proses pemulangan buku hendaklah dilakukan melalui wakil kami
 
9. Bagaimana kalau buku yang saya ingin pinjam sudah mempunyai peminjam lain ?
Anda boleh menunggu sehingga buku itu habis tempoh peminjam tersebut dan nama anda akan kami masukkan dalam senarai menunggu. Tetapi kami hanya menghadkan kepada dua nama pertama.
 
​FAQ UNTUK PEMILIK BUKU
 

1. Bagaimana jika saya ingin meminjamkan buku ?

Anda boleh mendaftar di Booksgalore



2. Apakah langkah seterusnya ?

• Buku milik anda akan disenaraikan dalam Senarai Buku kami
• Pada masa ini, buku tersebut masih berada di tangan anda
• Sekiranya terdapat mahasiswa lain ingin meminjam buku tersebut, anda akan dihubungi oleh wakil kami, janji temu antara anda dan wakil kami akan diatur dan wakil kami akan mengambil buku tersebut daripada anda
• Tempoh peminjaman maksimum adalah bergantung kepada bilangan muka surat buku tersebut dan sekiranya peminjam hendak melanjutkan tempoh peminjaman, wakil kami akan memaklumkan kepada anda
• Anda berhak untuk menolak permohonan lanjutan tersebut
• Buku tersebut akan dikembalikan kepada anda melalui wakil kami
• Anda tidak perlu berjumpa dengan peminjam sepanjang proses peminjaman dan pemulangan buku tersebut



3. Berapa banyak bukukah yang boleh saya pinjamkan ?
Anda boleh meminjamkan seberapa banyak buku yang anda mahu



4. Bagaimana jika buku saya rosak ?
Anda berhak untuk menuntut ganti rugi sekiranya buku tersebut hilang atau rosak, ia bergantung kepada budi bicara anda. Sekiranya kerosakan tersebut berlaku disebabkan oleh pihak kami, anda juga berhak untuk menuntut ganti rugi; bergantung kepada budi bicara anda



5. Bagaimana jika saya ingin buku tersebut kembali ?
Pihak kami akan mengembalikan buku tersebut dalam kadar yang segera



6. Apakah jenis buku yang boleh dipinjamkan ?
Sebarang jenis bahan bacaan yang tidak menyentuh isu-isu sensitif termasuk novel, komik, buku ilmiah, majalah dan sebagainya



7. Bolehkah saya meminjamkan buku yang telah ada dalam indeks buku Booksgalore ?
Ya. Ia amat dialu-alukan. Anda hanya perlu mendaftar di blog Booksgalore



8. Bagaimana jika saya tidak mahu meminjamkan lagi ?
Anda boleh menghubungi mana-mana wakil kami bagi tujuan tersebut

IMPORTANT NOTES
 

1. Pihak kami akan berusaha sedaya-upaya untuk menjaga buku anda sepanjang ia berada dalam tangan kami.
2. Sekiranya sebarang kerosakan berlaku disebabkan pihak kami, pemilik berhak untuk menuntut ganti rugi ; bergantung kepada budi bicara pemilik.
3. Sebarang persoalan bolehlah juga diajukan kepada Muhammad 'Uzair +201148285304 , dan Amira Izzah +201146791731.

bottom of page