top of page

Title : Wo Ai Ni Allah â€‹

Author : Vanny Chrisma

Rating :

​

Synopsis : Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi. Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan. Wo Ai Ni, Allah... aku cinta Allah... tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.

Title : Belajar Dari Perang Badar â€‹

Author : Hepi Andi Bastoni

Rating :

​

Synopsis :​  Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslim. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak mestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat. Surah Al-Anfal merupakan "Komentar Ilahi" terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Nabi SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tapi juga bagi kita pada masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita.
​

Page 4

Title : The Ideal Muslim

Author : Dr. Muhammad Ali Hashim

Rating :

​

Synopsis : ​​The Ideal Muslim is a man of the highest moral character. In his relationship with his Rabb, himself, family, parents, relatives, friends and the community at large, he has a most excellent example in the prophet of Islam (pbuh). His idealism is further strengthened by the characters of the first generations of Muslims who excelled in all the various fields of human endeavor. He is reassured by the teachings of Islam that he also can reach these noble heights by working to improve his character daily.

Title : 40 Hadis Palsu Popular

Author : Abdul Razak Muthalib

Rating :

​

Synopsis : Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi  mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

Title : Khalid al-Walid - Memburu Syahid

Author : Abdul Latip Talib

Rating :

 

Synopsis : Novel ini mengisahkan kepahlawanan panglima Islam terkenal, Khalid Al Walid, yang ketika dalam zaman kegelapannya telah berjaya mengalahkan tentera Islam dalam Peperangan Uhud. Kemudian, hidayah Allah menyuluhnya bagi menerima Islam.

 

Sekiranya ada panglima panglima perang yang tdak pernah kalah dalam sebarang pertempuran, dia ialah Khalid Al Walid. Kepintarannya, kegagahannya, kewibawaannya, kesungguhannya, diakui kawan dan lawan. Oleh hal yang demikian, beliau digelar Saifullah atau singa allah oleh Rasulullah saw.

 

Novel ini sangat sesuai untuk dijadikan koleksi bacaan pelajar-pelajar sekolah dan remaja-remaja Islam, supaya jati diri mereka sebagai pejuang Islam terpahat dalam hati...

Title : Belajar dari Perjanjian Hudaibiyah

Author : Hepi Andi Bastoni

Rating :

 

Synopsis : Walaupun menurut para sahabat Nabi saw kala itu, isi Perjanjian Hudaibiyah tak berpihak pada umat Islam, tapi Allah menyebutnya dengan kemenangan. Perjanjian Hudaibiyah seperti gerbang bagi rangkaian kejayaan umat Islam selepas itu.Peristiwa tersebut adalah seperti mukaddimah bagi kemenangan Islam sete...rusnya. Bermula dari penaklukkan Khaibar, diteruskan dengan Umratul Qadha' yang disertai sekitar 2000 orang, dan kemuncaknya dengan terbebasnya kota Makkah.Dengan adanya Perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw mempunyai kesempatan untuk melebarkan sayap dakwah dan menyeru para raja melalui risalahnya. Dunia pun bergoncang. Cahaya Islam berkembang ke seantero alam.Allah swt merangkumkan siri kemenangan indah ini dan memberitakannya dalam surah al-Fath yang turun setelah Perjanjian Hudaibiyah. Hikmah perjanjian tersebut dan 'tafsir' atas surat al-Fath, kami sajikan untuk anda dalam buku ini. Selamat menikmati.

Title : Penawar bagi Hati

Author : Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib

Rating :

​

Synopsis : Segala puji bagi Allah Ta'ala tuhan yang menjadikan ia akan jin dan manusia supaya mengerjakan mereka itu akan ibadat, lagi yang sangat mengetahui Ia akan yang tersembunyi didalam dada dan segala mata yang khianat dan lagi akan bertanya, Ia akan bertanya Ia daripada pendengar dan penglihat dan hati dan lan lainnya pada hari Qiamat, dan selawat dan salam adalah keduanya bagi Nabi yang dibangkitkan kepada sekelian alam kerana rahmat, yang bersabda ia, "bahawasanya Allah Ta'ala tiada menilik Ia kepada rupa kamu dan tetapi menilik Ia kepada segala hati kamu, dan atas sekelian keluarganya dan sahabatnya yang membersihkan mereka itu akan segala hati mereka itu daripada sifat sifat kecelaan, dan menghiasi mereka itu akan dia dengan perangai yang yang baik dan sifat kepujian. Ammaba'd

Maka ini sebuah kitab yang kecil pada permulaan ilmu tassawuf, hamba himpunkan dia kerana peringatan bagi hamba sendiri dan bagi sekelian saudara saudara yang baru belajar, dan hamba namakan dengan " Penawar bagi hati" pada menerangkan barang yanag wajib dibersihkan daripada nya dan dihiasi dengan dia akan segala hati, dan hamba sebut didalamnya akan satu pendahuluan dan tiga kitab.

 

Title : In the Footsteps of the Prophet: Lessons from the Life of Muhammad

Author : Tariq Ramadan

Rating :

​

SynopsisNamed by Time magazine as one of the 100 most important innovators of the century, Tariq Ramadan is a leading Muslim scholar, with a large following especially among young European and American Muslims. Now, in his first book written for a wide audience, he offers a marvelous biography of the Prophet Muhammad, one that highlights the spiritual and ethical teachings of one of the most influential figures in human history.
Here is a fresh and perceptive look at Muhammad, capturing a life that was often eventful, gripping, and highly charged. Ramadan provides both an intimate portrait of a man who was shy, kind, but determined, as well as a dramatic chronicle of a leader who launched a great religion and inspired a vast empire. More important, Ramadan presents the main events of the Prophet's life in a way that highlights his spiritual and ethical teachings. The book underscores the significance of the Prophet's example for some of today's most controversial issues, such as the treatment of the poor, the role of women, Islamic criminal punishments, war, racism, and relations with other religions. Selecting those facts and stories from which we can draw a profound and vivid spiritual picture, the author asks how can the Prophet's life remain--or become again--an example, a model, and an inspiration? And how can Muslims move from formalism--a fixation on ritual--toward a committed spiritual and social presence? 
In this thoughtful and engaging biography, Ramadan offers Muslims a new understanding of Muhammad's life and he introduces non-Muslims not just to the story of the Prophet, but to the spiritual and ethical riches of Islam.

Copyright 2013 Perubatan Cawangan Iskandariah

bottom of page