top of page

Title : Panduan Menghafal Al Quran ​

Author :Abu Mazaayaa al-Hafiz

Rating :

SynopsisBuku yang ada di tangan anda ini merupakan panduan untuk mendedahkan kaedah menghafal Al Quran dengan lebih sistematik, praktikal dan berkesan bagi para pembaca.Kaedah ini juga sesuai bagi mereka yang ingin menghafal ayat-ayat atau surah-surah pendek.Semoga ada manfaatnya,Insya Allah.

 

Title : Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-Ayat Cinta Allah

Author : Selamat Amir Al-Fanjkalani

Rating :

Synopsis :Sentuhlah jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah merupakan sebuah nukilan daripada seorang penulis muda yang menjelaskan mengenai kalimat-kalimat al-Quran yang ringkas, namun mampu menjadi motivasi kepada manusia yang berpegang kepadanya. Ini kerana, walaupun ringkas, namun ia mempunyai maksud tersirat yang panjang. Ianya menusuk sanubari sesiapa yang berpegang padanya.

Title : Travelog Syahadah

Author : Muhammad Rashidi Abdullah

Rating :

Synopsis :​ Ada orang petah berkata-kata, ada orang yang lancar menulis, tidak ramai yang bertuah jadi kedua-duanya. Saya kira Ustaz Rashidi adalah mereka yang kalau kita berikan pen maka berkerut dahinya menyusun ayat, tapi kalau diserahkan mikrofon maka pentas tu beliau yang punya. Buku ini adalah kisah perjalanan Ustaz Rashidi mencari dan menemui Islam. Ceritanya seharusnya menarik tapi maafkan, sejujurnya saya tidak menemui bahasa yang cukup cantik di dalamnya yang boleh meruntun hati saya. Naratifnya putus-putus, kerap sekali muncul 'watak' dan peristiwa yang tidak tahu mana hujung mana pangkalnya dan bahasanya skema masya-Allah, macam baca buku teks tapi versi pendek. Saya bergelut bergelang-geliut mahu menghabiskan. (Kesalahan ejaan usah ceritalah, siapa editornya ni???) Saya faham niat mahu berdakwah melalui penulisan dan saya sanjung usaha PTS, tapi maaflah, bagi saya Usatz Rashidi tidaklah sesuai menurut langkah Syed Qutb. Biarkanlah sahaja beliau menuruti Hassan Al-Banna. Kita tidak mampu jadi segalanya.

Title : Fadhilat Amal

Author : Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih

Rating :

Synopsis :​ Kitab Fadhail 'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu:

a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah seharian kita
.

Title : Aku Terima Nikahnya

Author : Hasrizal Abdul Jamil

Rating :

SynopsisAKU TERIMA NIKAHNYA adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut:
“… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!”.

Title : Quran Saintifik

Author : Danial Zainal Abidin

Rating :

SynopsisBuku ini ditulis berdasarkan pengharapan semoga setiap pembaca sedar akan keagungan Allah dan betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat Islam. Al-Quran adalah sebuah kitab yang lengkap lagi mencakupi seluruh kehidupan manusia. Tambahan lagi, Allah telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 3 ; “Pada hari ini, Aku sempurnakan agamamu untuk kamu dan Aku sempurnakan nakmatku ke atasmu dan Aku redai Islam menjadi agamamu”. Jadi, tidak ada sebab untuk seseorang Islam mencari agama selain Islam. Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian 1 – Cemerlang dengan menguasai Dua Ayat, Bahagian 2 – Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-galanya, Bahagian 3 – Manusia dan asal-usulnya, dan Bahagian 4 – Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia.

Page 5

Title : Agenda Politik Syiah

Author : Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni

Rating :

 

Synopsis : Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah sepertitidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yangdituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulanpro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan BaniUmayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan AbuBakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib.Pada dasarnya, aliran- aliran syi’ah saling berbeda pandangan dalam perincian ideologi, namun kesemuanya bersepakat bahwa Imam Ali r.a. adalah orang yang paling berhak menjadipemimpin negara setelah wafatnya Nabi Muhammad saw. Aliran Zaidiyah, Imamiyah dan Isma’iliyah merupakan tiga aliran syi’ah yang paling menonjol, paling besar, dan paling banyak memiliki pengikut dibandingkan dengan aliran- aliran syi’ah yang lain nya. Akan tetapi ketiga golongan syi’ah yang terbesar ini saling menyalahkan, menyesatkan bahkan mengkafirkan antara satu aliran dengan aliran yang lain, yang disebabkan oleh perbedaan pandangan dalamaqidah, terutama lagi perbedaan pandangan dalam permasalahan politik. Dan di antara semua aliran syi’ah, maka syi’ah Isma’iliyah merupakan aliran yang paling banyak dikecam dan dikeritik oleh umat Islam dari berbagai aliran pemikiran, baik dari golongan Ahlu Sunnah mahupun dari golongan Syi’ah lain, sebab aqidah mereka keluar daripada aqidah Islam. Dalam hal ini, Syi’ah Zaidiyah secara terang- terangan mengatakan bahwa Syi’ah Isma’iliyah dari sisi luar menampakkan keislaman, tapi pada hakikatnya dalam hati mereka menyembunyikan kekufuranyang nyata, bahkan mereka dianggap tidak menganut syariat agama apapun.

 

Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalampolitik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik merekadengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.

bottom of page