top of page

Title  :  Israiliyyat Moden
Author :  D
r solah abdul fattah al khalidi
Rating :  


SynopsisUlama terdahulu mengaitkan istilah israiliyyat kepada semua khurafat, pembohongan, penipuan, propaganda, khabar angin dan riwayat-riwayat yang tidak sah tarafnya.Israiliyyat di nisbahkan kepada Bani Israil dan bukanlah setiap pembohongan dan dogengan dikatakan Israiliyyat itu Yahudi. Kadang-kadang ia bersumberkan Kristian asalnya, atau Parsi dan Rom atau sebagainya. Tetapi mereka mengaitkannya semua kufarat itu dengan nama Israiliyyat memandangkan pendominasian bangsa Yahudi nyata lebih berkilauan dari bangsa lain. Jika Israiliyyat kuno mempunyai kesan bahaya kepada alam dan pengetahuan,maka dunia hari ini hidup dalam Israiliyyat dari jenis yang lebih bahaya. Israiliyyat moden: iaitu semua propaganda, khurafat, pembohongan dan konspirasi kebatilan yang tersebar di kalangan manusia pada hari ini. Ia mengandungi peranan yang bahaya secara langsung dapat mengaburi, merosak dan mnghancurkan kehidupan yang mendatang. Israiliyyat moden ini bergerak masuk ke dalam negara-negara umat Islam malah menguasai minda ramai di kalangan mereka.



Title  :  Agenda Yahudi Menakluk Dunia

Author : Sabaruddin Hussein

Rating :

 

SynopsisMengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda menakluk dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Penglibatan bangsa Yahudi turut dilihat dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.

Antara isu yang menarik adalah # Sejarah ringkas bangsa Yahudi # Era baharu bangsa Yahudi di Amerika Syarikat # Pengaruh Yahudi dalam White House # Peristiwa penting tentang penglibatan Yahudi dalam kekecohan dunia # Matlamat akhir bangsa Yahudi dalam menakluk dunia.

Turut dimuatkan 24 Protokol yang menjadi panduan dalam tindakan merangka penubuhan 'Kerajaan Yahudi Antarabangsa' yang memerintah bumi.





Title : KeranaMu Aku Berubah

AuthorRuzana Zaki

Rating :

​​

SynopsisKerana-MU Aku Berubah mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Title : Siapakah Taghut?

Author : Dr. Hamdan Muhammad

Rating :

​

SynopsisAllah S.W.T beberapa kali dalam firmannya menyebutkan tentang taghut antara dalam Surah al-Baqarah ayat 256: "... Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."  Namun,siapakah sebenarnya Taghut?. Kelompok taghut ini sentiasa muncul di sepanjang pentas zaman dengan nama dan watak yang berbeza.
Wacana buku ini sentiasa relevan kepada ummah,kerana pertembungan di antara iman & kufur akan sentiasa berlaku di sepanjag zaman. Kelompok taghut akan sentiasa mengintai peluang untuk mendobrak pejuang-pejuang Islam. Sejarah tidak pernah berbohong bagaimana awan gelap yang memayungi umat Islam ialah akibat daripada umat Islam itu sendiri yang tidak pernah mengambil peduli tentang watak & wilayah taghut
.

Page 9

Title : Menjadi Muslim Terbaik

Author : Abdullah Gymnastiar

Rating :

​

Synopsis : "Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG ? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Tuhan."

 

'Menjadi Muslim Terbaik'  menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merialisasikan status Muslim terbaik. Ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.

Title : Ingat Tuhan Sampai Mati

Author : Abdullah Gymnastiar

Rating :

​

Synopsis : Adakah kita yakin, solat yang dilakukan hari ini mampu memastikan kita meninggal sebagai Muslim? Adakah kita yakin, puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadan dapat menjamin ketetapan hati kita dalam iman sewaktu kedatangan maut? Adakah kita yakin, haji dan umrah yang dilakukan berkali-kali dapat menjadi tiket bagi memperoleh husnul khatimah?Segala amalan yang kita lakukan akhirnya membawa kepada saat penentuan, kedatangan maut. Adakah kita mampu memastikan, kita memperoleh husnul khatimah ataupun sebaliknya?Ingat Tuhan Sampai Mati menyajikan topik-topik kritikal berkaitan dengan kematian. Kepentingan hidayah bagi seorang Muslim dibicarakan secara ringan dan santai. Topik-topik penting seperti taubat, taat dan tawakal dibahaskan juga bagi menjelaskankepentingannya dalam usaha mencapai husnul khatimah.Semoga kita semua sentiasa ingat Tuhan dari sekarang sehingga ajal datang menjemput.

 

Title : Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya

Author : Prof Dr Muhaya Hj Mohamad

Rating :

​

Synopsis : Ilmu dan pendidikan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Hidup tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu mesti dicari dan dikuasai walaupun terpaksa menempuh keperitan dan kesusahan kerana susah dan senang menuntut ilmu adalah dugaan dan cabaran daripada Allah SWT.Justeru, berusahalah dengan penuh kesabaran semoga anda diberkati dunia dan akhirat. Dapatkan panduan berguna daripada buku ini dengan harapan ianya dapat membantu membuka jalan kearah kejayaan.

 

Title : Stories of the Caliphs - The Early Rulers of Islam

Author : Denys Johnson Davies

Rating :

​

Synopsis : After the death of the Prophet Muhammad, there followed many leaders of the Muslim world who were known as Caliphs. These successors to the Prophet ruled first of all from Medina, then from Damascus and later from Baghdad, over an empire that included a large part of the world. This book includes twenty-seven stories from the lives of those first Caliphs, from the pious Umar ibn al-Khattab to the celebrated Haroun al-Rashid.

 

Title : Motivasi Gaya Rasulullah

Author : Mohd Khairul Nizam

Rating :

​

Synopsis : Jelas daripada Quran dan Sunnah bahawa Muhamad itu sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H. Hart dalam buku The 100: A Ranking of the Most In uential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) mahupun saintis ulung, Isaac Newton.

Motivasi Gaya Rasulullah menggali rahsia nabi dalam memotivasi. Teknik motivasi nabi itu adalah begitu unik. Teknik motivasi nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah menyelak lembaran sejarah, dan melihat kembali kisah nabi. Melalui Motivasi Gaya Rasulullah, moga-moga kita dapat hidup dengan cara nabi. Semoga kita semua mendapat bimbingan seolah-olah hidup bersama Rasulullah. Insya-Allah.

 

bottom of page