top of page

Title : Sultan Muhammad Al Fateh

Author : Abdul Latif Talib

Rating :

Synopsis : Sebuah buku yang menggambarkan Sultan Muhammad Al-Fateh dgan jelas lalu menyebabkan pembaca jatuh kagum kepada tokoh ini.Penceritaannya tidak meleret dengan fakta yang terlalu rumit dan tidak seperti buku teks sejarah.Saya berasa sangat kagum dgan Sultan Muhammad dan menjadikannya salah seorang inspirasi saya.Menitis air mata tatkala mmbacanya.Mengingatkan saya kepada diri saya sndiri dan golongan remaja seperti saya di zaman ini yang boleh diibaratkan seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan Sultan Muhammad sewaktu remajanya

Title : This Beloved (PBUH) Smiling

Author : Muhammad Ali Uthman

Rating :

Synopsis : “Smile with the Prophet (PBUH)” is the aim we seek to accomplished by publishing this book “Wa ‘Inda’idhin Dahikar-Rasul” (When Prophet Muhammad (PBUH) Smiled), which contains a number of situations in which the Prophet (PBUH) smiled. By reading the Hadiths which include these situations, readers can smile along with the Prophet (PBUH) and recall the feeling that made him (PBUH) smile in the situation in question, be it happiness, delight, wonder, astonishment or any other feelings. We invite you to join us in this special and blessed journey with the smiles of our beloved Prophet (PBUH), for this is an apt to benefit you in two ways: To learn from the Prophetic guidance included in the mentioned hadiths To smile with the Prophet (PBUH)… & Allah (SWT) is the knowledgeable.

Page 6

Title : Mencari Islam di China

Author : Ann Wan Seng

Rating :

Synopsis : Buku setebal 226 muka surat ini mengandungi fakta-fakta berkaitan Islam di China dan terdapat juga gambar-gambar berwarna berkenaan aktiviti masyarakat Cina Muslim di China yang terdiri daripada beberapa suku etnik. Etnik Hui merupakan kumpulan etnik terbesar di China. Etnik-etnik lain ialah seperti Uighar, Kazak, Khalkha, Uzbek, Tajik, Tatar, Salar, Dongxiang dan Bao'an. Etnik Hui merupakan hasil daripada perkahwinan di antara orang Arab dan Parsi dengan Cina. Pada peringkat awal, etnik Hui menggunakan bahasa Arab, Parsi dan Cina dalam perbualan harian. Tetapi lama kelamaan mereka menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan etnik-etnik lain. Budaya etnik Hui banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, Parsi dan Cina. Lelaki etnik Hui dapat kita kenali kerana mereka sering memakai kopiah putih.

Title : Dampingi Aku Di Syurga Kekasihku

Author : Dr. Najla Sayyid Nail

Rating :

Synopsis : Buku ini banyak memberi nasihat dan wasilah terhadap wanita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan juga bagaimana untuk menghadapi masalah bersama teman hidup yang bergelar suami. Antaranya menghadapi kemarahan suami, suami cemburu, cara menegur, menghadapi kebisuan suami, tanggungjawab isteri yang bekerja, bagaimana menawan hati suami, merangsang kejayaan pasangan dan banyak lagi. Alhamdulillah banyak ilmu dan tips yang dikongsikan. selain memuatkan hukum2 yang berkaitan, diselitkan juga cerita-cerita yang boleh dijadikan pengajaran sebagai seorang isteri. Bagaimanapun hal-hal di kamar tidur tidaklah dikongsikan dalam buku ini..jadi buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat ;).Antara lain, turut dimuatkan juga bagaimana memanfaatkan perselisihan faham antara 2 benua ini dan juga masalah campur tangan keluarga, mertua, dan ipar duai'.

Title : Untukmu Wanita

Author : Zaharuddin Abd Rahman

Rating :

SynopsisSetelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawangwww.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. “Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Title : Travelog Dakwah Meniti Hari Esok 

Author : Muhd Kamil Ibrahim

Rating :

SynopsisTDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji uhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu,Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.

Title  : Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab - Dasyatnya Cabaran Pelajar

Author Prof. Dr. Muhaya

Rating :

 

SynopsisDalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut.Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia.

Pelajar Bertanya Profesor Doktor Muhaya Menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Profesor Doktor Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.

Buku ini merangkumi aspek:
Pelajaran,Fesyen,Perhubungan,Kesihatan,Kewangan,Dilema dalam Diri, Persahabatan, Politik & Disiplin.

Dengan tagline 'Celik Mata, Reset Minda,' Profesor Doktor Muhaya sentiasa menarik para pendengarnya dengan kata-kata yang penuh inspirasi.

Title : Reclaim Your Heart

Author : Yasmin Mogahed

Rating :

 

Synopsis : Reclaim Your Heart is not just a self-help book. It is a manual about the journey of the heart in and out of the ocean of this life. It is a book about how to keep your heart from sinking to the depths of that ocean, and what to do when it does. It is a book about redemption, about hope, about renewal. Every heart can heal, and each moment is created to bring us closer to that transformative return. Reclaim Your Heart is about finding that moment when everything stops and suddenly looks different. It is about finding your own awakening. And then returning to the better, truer, and freer version of yourself. Many of us live our lives, entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Many of us have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in an out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness, and pain. Providing a manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession: the heart.

bottom of page