top of page

Title : Embun Padang Pasir

Author : Muhammad Mujahid Bin Ir Haji Mohammad Fadzil

Rating :

Synopsis : Sebuah buku istimewa mengenai tentang Sejarah Islam di dalam bulan Ramadhan tulisan Muhammad Mujahid Ir Fadzil iaitu "Embun Padang Pasir”.

 

 

Title : Sigaraning

Author : Imaen ​

Rating :

Synopsis :​ Keseluruhan novel ini adalah mengenai watak Ali Imran. Yang mengusahai sebuah kedai runcit bernama Pasar Mini MusliMart. Dijadikan cerita, Ali dilanda masalah kewangan, lalu terjumpa beg yang mengandungi duit RM 2 juta, dan mengambilnya. Watak Ali Imran sebagai tauke kedai runcit digunakan sepenuhnya oleh penulis untuk berbicara perihal ekonomi dan sudut pandang orang Melayu mengenai konsep bantu-membantu sesama Muslim.Pembaca dilambakkan dengan kuliah-kuliah teori dan hal ekonomi yang mana menurut penulisnya adalah untuk memberi sedikit kesedaran kepada pembaca mengenai masalah ekonomi yang dialami oleh peniaga-peniaga Melayu di dalam negara.

Page 2

Title : Di Hamparan Shamrock KuSeru Nama-Mu

Author : Hasrizal Abdul Jamil

Rating :

Synopsis Kisah suka duka penulis sewaktu menempuh kehidupan di luar negara khasnya semasa berada di Ireland Utara. Setiap kisah menyentuh kalbu. Menjadi  imam, guru, suami dan ayah dalam satu masa adalah cabaran berat yang perlu ditempuh. Pernah juga dimasukkan ke penjara bukan kerana kesalahan jenayah. Mengapakah penulis dipenjarakan sedangkan tidak melakukan jenayah? Dapatkan buku terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk mengetahui jawapannya.

Title : Travelog Luka Air Mata Syria

Author : Riduam Mohd Nor

Rating :

 

Synopsis : Buku ini mendedahkan secebis daripada lautan pahit maung kehidupan rakyat Syria di bawah pemerintahan keluarga Assad melalui peristiwa berdarah dan penyembelihan beramai-ramai.

Title : Anthem

Author : Hlovate

Rating :

 

Synopsis :  Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

 

Silam

Westernized Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya dimana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.

 

Selepas Silam

Dulu, 'segalanya' yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyeksakan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. Sekarang, 'segalanya' yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya. Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk menjadi dirinya sendiri tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

Title : Pedagogi Bahasa Tertindas

Author : Zul Fikri Zamir

Rating :

 

Synopsis : Munuskrip ini muncul untuk menyatakan bahawa kesan pelaksanaan dasar PPSMI lebih besar dari pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik sahaja. Dasar ini akan mewujudkan kesan makro terhadap polarisasi kaum.

Jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar akan semakin melebar, sebahagian besar masyarakat luar bandar berpotensi untuk 'marginalised', di akhirnya akan membentuk semula masyarakat 'pecah-dan-perintah'.

Dari penulis best seller Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang dan Pengerusi Teach For The Needs, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan pendidikan.

 

bottom of page