top of page

Title : Ketika Tuhan Jatuh Cinta

Author : Wahyu Sujani

Rating :

Synopsis : “Langit adalah kitab yang terbentang…Bumi adalah kitab yang terhampar…Manusia adalah kitab yang berjalan…Sedangkan Al-Qur’ an adalah cahaya di dalam kegelapan…”

Page 5

Title : Kala Cinta dan Wahyu Bersatu

Author : A. Ubaidillah Alias

Rating :

Synopsis : Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi. Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis. Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."

Title : Lagenda Budak Setan

Author : Ahadiat Akashah

Rating :

Synopsis : Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari manusia yang tak kenal serti kasih sayang...dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. Demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Tetapi, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan Allah sebagai penentu. Dan, siapakah Katerina?

Title : Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang

Author : Zul Fikri Zamri

Rating :

 

Synopsis : Realitinya, hakikat sekolah dan universiti pada masa kini telah menjadi terbalik. Sekolah telah menajdi tempat untuk mengajarkan konsumerisme dan 'efficient citizens'. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak benarkan untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang dibenarkan oleh pengawal penjara. - Pengenalan, Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir

Kuasa blog, twitter dan facebook digunakan sepenuhnya meskipun belum cukup maksimum. Media sosial menjadi alat untuk mengukuhkan masyarakat sivil dan ruang awam; ‘social media is a longterm tools that can strengthen civil society and the public sphere’ (Clay Shirky: 32). ‘Arab spring’ menjadi rujukan anak muda di seluruh dunia, malah cakap-cakap mengenai ‘Malaysian monsoon’ kedengaran di mana-mana. Sebagai contoh, ia muncul di telapak tangan anda dalam bentuk buku ini. - Prakata, Musim Monsoon Di Malaysia: Teriak Orang Muda oleh Faisal Tehran

Title : Aku Ingin Kembara Lagi

Author : Mohd Asri Zainul Abidin

Rating :

 

Synopsis : “Aku Ingin Kembara Lagi’ merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford.

“Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat ‘jatuh cinta’ kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya.”

“Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.”

Title : Masharakat Melawan Mahasiswa

Author : Zul Fikri Zamir

Rating :

 

Synopsis : Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih di dalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada pengembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada pengambala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri.

– Zul Fikri Zamir

bottom of page