top of page

Title : Sutera Bidadari

Author : Ramlee Awang Murshid

​Rating :

​

Synopsis : Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Title : 101 Adab Dan Petua Kecemerlangan Pelajar

Author : Siti Nor Bahiyah Mahamood

​Rating :

​

Synopsis : Buku motivasi ini mendedahkan pelbagai cara dan tips belajar yang boleh diamalkan untuk meningkatkan daya ingatan, pembelajaran yang berkesan sekaligus meningkatkan kecemerlangan pelajar. Buku ini bersesuaian untuk semua tahap pembelajaran pelajar sama ada di sekolah rendah,sekolah menengah mahupun di universiti​.

 

Title : Gelak Tergolek

Author : Wann Azlan

​Rating :

​

Synopsis : Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun. Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman. Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya. Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman​.

 

Title : Syabab Musafir Kasih
Author : Fatimah Syarha
Rating :


Synopsis : SYABAB, Lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. 

​

Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!

​

​
 

Page 3

​Title : Meniti Titian Kasih

Author : Muhammad Mujahid Haji Muhammad Fadzil

Rating :

​

Synopsis : ​​Apabila seseorang itu meniti di atas titian ini, pastinya ia akan menitinya secara perlahan dan lembut, dia akan terbuai dengan alunan titian ini ketika melaluinya dia akn terlihat jurang di bawahnya, dan suasana di persekitarannya. Namun dia tetap akan terus melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

​

Title : Takdir 2 : Percaya yang Tidak Sirna

Author : Hilal Asyraf

Rating :

 

Synopsis : Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari,menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan,tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar,dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.Tanah Suci,Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan. Lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya,serangan ke atas Ethan dilancarkan.Namun,Sang Asura tidak mengalah,dia juga punya rencana. Kali ini,Sang Asura sendiri akan turun beraksi!Lantas,badai yang tidak pernah disangka selama ini akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia,tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.Takdir,cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya

 

bottom of page