top of page

Title : Diagnosis

Author : Dr. Anwar Fazal , Dr. Aizzat , Dr. Azzah

Rating :

 

Synopsis : Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya

2) Bergaya

3) 'Glamour

'4) Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.Moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham Akhirat. InsyaaAllah."Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."

Title : Prognosis

Author : Dr. Jack Naim

Rating :

 

Synopsis : Prequel kepada buku terlaris sepanjang 2014 iaitu DIAgnosis.

Title : Desaturasi Merah Jambu

Author : Ladynoe Mohamed

Rating :

 

Synopsis : Buku yang mengandungi catatan-catatan daripada blog tersohor perempuanjomblo.blogspot.com.

Page 5

Title ; Di Mana Terangnya Bulan

Author : Bahruddin Bekri

Rating :

 

Synopsis : Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak 'Kolej Melayu Tinggi' yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.

 

Title : I Am A Houseman

Author : PROF MADYA DR.RAJA AFFENDI RAJA ALI , DR. TUAN MUHD FAIRUZ TUAN ISMAIL , DR.WAN NOR BALQIS ABD AZIZ

Rating :

 

Synopsis : Bukan sekadar coretan pengalaman, tetapi memberi maklumat dan garis panduan yang bermanfaat untuk melahirkan doktor pelatih yang berjaya, berdaya saing dan sentiasa meningkatkan kemampuan diri.

bottom of page