top of page

Title : Denyut Kasih Medik ​​

Author : Farhan Hadi Mohd Taib

Rating :

​

Synopsis :​ Denyut Kasih Medik mengisahkan satu perjalanan kehidupan seorang doktor pelatih (houseman) iaitu Dr. Muslih dalam menegakkan syariat di bumi Allah. Kehidupan sebagai doktor pelatih bukan sahaja menjanjikan satu profesi yang mulia, malah profesi ini menuntut Dr. Muslih untuk menjalani banyak pengorbanan dan cabaran dalam dunia perubatan. Dunia perubatannya yang sebenar bermula apabila Dr. Muslih menjalani latihan klinikalnya dia sebuah hospital selepas menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan. Dr. Muslih adalah seorang pejuang muslim sejati apabila sangat tegas dalam hal agama terutamanya apabila berkaitan arena perubatan. Falsafahnya ini membuatkan novel ini sangat menarik yang mana novel ini memberikan pembaca nuansa baru untuk bersyariat. Sifat kasih sayangnya terhadap rakan seperjuangan menambah kehebatan dirinya di samping sifat taat kepada ibu bapa dalam mencari keredhoan Ilahi. Novel ini juga sarat dengan kisah masyarakat kerana ianya menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Dengan kata lain, novel ini menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta menjadi satu.

​​​​​​Title : ​Takdir - Cahaya Yang Tidak Terpadam

Author : Hilal Asyraf

Rating :

​

Synopsis Novel ini mengisahkan pengembaraan seorang pemuda bernama Angkasa dalam membebaskan dunia yang ketika itu berada dalam kegelapan dikuasai oleh pemerintah kejam, Sang Asura. Sang Asura dan lima jeneralnya berjaya menguasai dunia dan menubuhkan sebuah kerajaan dunia, Kerajaan Utopia, setelah menghancurkan lima kerajaan utama dunia sepuluh tahun lalu. Setelah itu Bumi Barakah, kota suci manusia ketika itu, hilang dari pandangan muka bumi tanpa diketahui sebabnya. Kiai Songo yang dianggap harapan terakhir manusia juga telah kalah di tangan mereka dua belas tahun yang lalu.

 

Hanya dua kerajaan sahaja masih bertahan iaitu Kerajaan Tanah Haram dan Kota Hijau Chinmayi. Kedua-duanya masih tertegak kuat menentang kuasa Sang Asura yang cuba memadamkan cahaya Illahi yang masih bersinar di kedua-dua kerajaan tersebut.

Page 1

TitleI Love You Too
Author : Badrul Hisham Shari
Rating :


SynopsisMerupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu! Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.

Title : Rona-Rona Cinta Damascus
Author : Sheila Wani
Rating :


Synopsis : Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.
 

Title : Tautan Hati

Author : Fatimah Syarha

Rating :

 

Synopsis : Mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini. 

 

Title : Kot Putih

Author : Majlis Mahasiswa JUST

Rating :

 

Synopsis : Novel ini mengisahkan pelbagai cerita suka dan duka kehidupan penuntut-penuntut perubatan di Jordan yang telah berjaya dibukukan.Memuatkan kisah dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu.Terkandung pelbagai istilah perubatan yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pembaca..

Antara tajuk yang menjadi topik utama adalah :

1) Akademik :- Pengenalan- Pra-klinikal- Tahun klinikal- Cabaran

2) Kehidupan :- Adaptasi- Dugaan- Aktiviti- Kisah Cinta

3) Masyarakat :- Jordan dan Arab- Melayu Irbid

4) EpilogNovel ini juga ada menyelitkan sedikit perkongsian gambar-gambar yang berkaitan dengan dunia perubatan.

Tidak rugi membaca novel ini kerana dapat memahami dunia sebenar alam kedoktoran serta pengalaman-pengalaman yang dapat memberikan motivasi kepada semua.

bottom of page